
Perdana Menteri (PM) melalui Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim semalam bergerak ke Kelantan bagi menghantar bantuan untuk persediaan menghadapi banjir gelombang kedua di negeri itu.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan itu diperolehi daripada pelbagai syarikat swasta yang melaksanakan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri berkenaan.
"Semalam Setiausaha Politik, saudara Kamil Munim telah mewakili saya bagi menyelaraskan sumbangan Ihsan MADANI daripada beberapa syarikat yang sedang melaksanakan projek pembangunan di Kelantan untuk rakyat yang terjejas banjir.
"Beberapa keperluan telah dibeli antaranya empat buah bot ‘Water Rapid Rescue’ dan akan dihantar terus ke Kelantan bagi kegunaan segera untuk membawa bekalan ke kampung-kampung yang terputus hubungan serta bagi persediaan menghadapi jangkaan gelombang kedua," katanya di Facebook.

Menurut Anwar lagi, bantuan berkenaan dihantar melalui Skuad Ihsan MADANI di bawah kendalian Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
"Insya-Allah lebih banyak inisiatif dan pembelian tambahan akan dilakukan kelak," kata PM.
Untuk rekod, setakat pukul 6 pagi tadi seramai 65,991 mangsa daripada 19,969 keluarga masih ditempatkan di 220 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi.
Comments