top of page

PM gesa EU tingkat sokongan dalam pelaburan hijau di ASEAN


DS Anwar memberi ucap tama di College of Europe (COE) di Bruges - Foto Amir Haziq/PMO

Kesatuan Eropah (EU) digesa memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara menerusi pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.


Gesaan itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucap tama bertajuk "Bridging Regions: Strengthening South-east Asia-European Resilience" di College of Europe (COE) di Bruges sempena lawatannya ke negara itu.


"Menyedari wujudnya jurang antara negara maju dengan negara yang sedang membangun, perkongsian bersifat saksama adalah penting untuk memajukan matlamat Perjanjian Paris serta memastikan negara yang kurang maju menerima sokongan yang diperlukan untuk langkah penyesuaian dan mitigasi iklim.


"Perkongsian adalah kunci untuk meneruskan harapan Perjanjian Paris, dan Malaysia menghargai sokongan berterusan EU terhadap aspirasi iklim Asia Tenggara," kata beliau dipetik.

Terdahulu, Anwar pada Isnin bertemu Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo untuk membincangkan hubungan Malaysia-Belgium, meningkatkan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.


Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan pegawai tertinggi EU, bermula dengan Kaja Kallas yang juga Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan/Naib Presiden Suruhanjaya Eropah (HR/VP) sebelum disusuli pertemuan empat mata dengan Pengerusi Majlis Eropah Antonio Costa.


Sementara itu menurut beliau, ketika bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025, Putrajaya telah menjadikan kemampanan sebagai teras utama peranan Malaysia pada 2025.


Di samping itu Malaysia turut komited untuk menggerakkan rantau itu melakukan tindakan kolektif yang berani bertujuan melindungi masa depan tanpa menjejaskan hak pembangunan dan kemakmuran ekonomi.


"Semua ini hanyalah sebahagian daripada aspirasi Asia Tenggara ketika kami berusaha untuk mencapai masa depan yang lebih bersih di samping memastikan manfaat pembangunan tersedia untuk semua dan melindungi segmen masyarakat yang paling rentan," kata Anwar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page