Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan sambutan perayaan Gawai Dayak di Sarawak malam ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadualkan tiba di Kuching pada pukul 4.30 petang menaiki pesawat khas yang berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Penyelaras program Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak Tahun 2023 berkata, sambutan tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada esok jam 7 malam.
Selain Perdana Menteri, turut dijangka hadir bagi sambutan perayaan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Anwar dijangka memberi ucapan perasmian pada majlis sambutan itu serta diwarnai gimik perasmian perayaan tersebut dan peragaan Kuamang dan Keling Gawai.
Sejurus menghadiri majlis perayaan sambutan Gawai Dayak tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka terus bertolak pulang ke ibu negara.
Comments