top of page

PM boleh dipecat jika terus enggan adakan sidang Parlimen?


Kemelut politik negara mungkin masuk ke fasa yang bertambah rumit sekiranya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin terus enggan mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh segera, sebagaimana dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertentu sekiranya PM dilihat seolah-olah sengaja menghalang Parlimen daripada dibuka.


Beliau bersetuju dengan kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan menuntut Mahiaddin meletak jawatan sekiranya berdegil tidak mahu Parlimen bersidang, malah Dr Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tuanku Agong boleh memecat PM.


"Saya rasa tidak sekeras kenyataan yang saya keluarkan, Agong boleh pecat PM.


"Proses perjalanan persidangan Parlimen ini perkara yang rutin. Prinsip yang kita kena faham ialah Parlimen tidak boleh tidak bersidang tidak lebih 6 bulan. Tidak boleh tanpa sebab. Apa yang berlaku ialah kuasa memanggil itu di tangan Agong. Kuasa itu disimpan atas nama Agong kerana sistem pengurusan negara atas nama Agong.


"Dalam keadaan Agong menitahkan boleh bersidang, kalau tidak bersidang juga ertinya PM atau kerajaan yang ada itu sudah kehilangan keabsahan.


"Kedua, dia (PM) dilihat sebagai ingkar, degil atau sengaja mahu menghalang Parlimen. Di situ sudah berlaku satu keadaan dia menyekat proses demokrasi, semak imbang dan sebagainya .


"Pada saya kuasa memecat timbul kerana dia menjadi batu penghalang, bukan kerana saja-saja (mahu pecat). Dalam konteks kenyataan Majlis Presiden, apabila dititahkan Parlimen boleh bersidang dan masih lagi buat rileks, itu tak betul. Dalam konteks itu (PM) perlu letak jawatan atau dipecat," katanya dalam siaran di media sosial program Cendol Pak Ya, bertajuk: "#Kerajaan Gagal: YDP Agong & Raja-raja Melayu Titah Parlimen Bersidang Segera".


Menurut Dr Aziz lagi, proses semak dan imbang harus berjalan seperti biasa terutama untuk menyemak peruntukan kewangan yang dibuat tanpa pergi ke Parlimen sepanjang tempoh Darurat


Begitu juga soal pembahagian vaksin dan pertanyaan mengapa angka jangkitan Covid 19 terus meningkat.


Kata ADUN Tebing Tinggi itu, Ketua Pengarah Kesihatan boleh buat sidang media tetapi beliau tidak boleh disoal secara mendalam dan memerlukan menteri menjawab di Parlimen.


Selain itu, Ketua Pembangkang DUN Perak itu juga membangkitkan soal majoriti yang dimiliki oleh kerajaan Mahiaddin Yassin.


Menurutnya, hal itu mesti diselesaikan dengan pembukaan Parlimen dan tidak boleh dibiarkan tergantung.


"Isi kenyataan itu (Majlis Raja-raja), selain dari semua proses berjalan seperti biasa dari kehakiman hingga eksekutif, juga perlunya kerajaan yang stabil.


"Majlis Raja-raja menekankan kerajaan yang rakyat menyokong. Jadi ertinya kerajaan itu mesti ada majoriti yang cukup.


"Betullah melantik PM, Menteri Besar dan sebagainya atas budi bicara tetapi dalam dunia sekarang ini budi bicara itu kita kena tahu. Berapa dia (PM) ada? 115 kah, dan sebelum ini kita ikuti Ketua Pembangkang dia ada majoriti. Jadi dalam logik, kalau sebelah ini ada majoriti maka sebelah sana sudah tidak ada. Tidak mungkin kedua-dua ada. Jadi itu kita kena ketahui (melalui Undi Percaya)," katanya.


Mengenai pertanyaan apakah perlunya Parlimen bersidang kerana tanpa persidangan pun undang-undang boleh dibuat melalui Ordinan Darurat, Dr Aziz berkata, persidangan boleh menentukan ketelusan perbelanjaan kerajaan yang tiada cara untuk ditanyakan dalam forum yang lain.


"Orang tak nampak apa perlunya Parlimen bersidang. Kalau rujuk balik sebenarnya apa yang telah pun disebut dalam kenyataan Penyimpan Mohor Besar itu cukup jelas. Apa yang perlu dalam proses dalam Perlembagaan (digariskan).


"Perlembagaan ini manual dalam negara kita. Apa yang ditekankan oleh Raja Melayu, semak dan imbang berjalan dengan biasa, jangan disekat. Dalam masa sama kita mendegar RM5 bilion untuk vaksin ke mana? Apa yang dibelanjakan? Rakyat nak tahu.


"Kenapa proses pemberian vaksin lambat. Kenapa di Eropah orang boleh tengok bola macam biasa dalam stadium," katanya lagi.


Untuk rekod, titah membuka Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong telah dibuat dua kali. Pertama pada 24 Februari yang lepas apabila Agong menerima menghadap Presiden Dewan Negara Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azizan Harun.


Namun empat bulan kemudian Parlimen kekal digantung sehingga memaksa Agong dan Majlis Raja-raja mengeluarkan titah kedua.


1 comment

Recent Posts

See All

1 Kommentar


pakkarim
20. Juni 2021

Perdana menteri #8 mentadbir tanpa mandat, masok ikut pintu belakang tebok atap, tidak cukop sokongan, menderhaka pula.

Apa nak jadi negara ini?

Gefällt mir

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page