top of page

PM bincang pelaburan, FTA bersama pemimpin Bangladesh



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meneruskan lawatan beliau ke Bangladesh selama sehari selepas melawat Pakistan.


Anwar tiba di ibu negeri Dhaka dan bertemu Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus yang merupakan sahabat lama beliau.


"Memulakan acara rasmi hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama TYT Profesor Muhammad Yunus di Dhaka.


"Kami menekuni beberapa isu penting terutamanya aspek peningkatan kerjasama perdagangan dan pelaburan termasuk telekomunikasi, perjanjian bebas dagang (FTA), tenaga buruh, pelarian Rohingya, pendidikan tinggi, pensijilan halal, selain pembantaian di Gaza dan Lubnan yang berterusan," katanya dalam catatan di Facebook.


Malaysia merupakan negara pertama yang membuat lawatan di peringkat ketua kerajaan dalam tempoh dua bulan selepas kerajaan sementara Bangladesh dibentuk, sebaik sahaja Perdana Menteri sebelum ini Sheikh Hasina Wazed meletak jawatan berikutan tunjuk perasaan para mahasiswa.


Lawatan ini mengulang sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972.


Fakta menarik, Prof Muhammad Yunus merupakan Pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh. Pada tahun 1983, beliau mengasaskan Grameen Bank, yang menjadi peneraju global dalam pinjaman mikro kepada golongan miskin.


Model kewangan sosial yang diperkenalkannya, kemudiannya diikuti oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang digagaskan oleh Anwar sejak 1987.


Bertemu Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Mohammed Shahabuddin

Usai pertemuan PM bersama Dr Muhammad Yunus, Anwar bertemu Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Mohammed Shahabuddin bagi melanjutkan beberapa perbincangan penting hubungan dua hala.


"Isu yang disentuh adalah seputar usaha meningkatkan kerjasama di bidang ekonomi dan pelaburan, selain kerjasama di pelbagai lapangan lain yang menjadi kepentingan bersama," katanya.


Bangladesh pada waktu ini merupakan negara pembekal utama tenaga buruh membantu pembangunan Malaysia.


Selain itu, menurut Wisma Putra terdapat seramai 6,288 pelajar Bangladesh yang menuntut di institusi pengajian tinggi Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian pada tahun lalu.


Negara itu juga merupakan rakan dagang ke-27 terbesar Malaysia pada 2023, destinasi eksport ke-19 terbesar dan sumber import ke-47 terbesar.


Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh pada tahun lalu berjumlah RM12.7 bilion (AS$2.78 bilion), iaitu penurunan sebanyak 35.5% berjumlah RM19.69 bilion (AS$4.46 bilion) pada tahun 2022.


Pada enam bulan pertama 2024, jumlah perdagangan telah meningkat kepada 18.1% iaitu sebanyak RM8.27 bilion (AS$1.75 bilion) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.


Imbangan dagangan yang memihak kepada Malaysia juga meningkat dalam tempoh yang sama kepada RM6.65 bilion (AS$1.39 bilion).


*Foto kredit: Sadiq Asyraf/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page