top of page

PM bertemu wakil syarikat multinasional dunia di Switzerland


PM DS Anwar berusaha keras menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia - Foto Amir Haziq/PMO
PM DS Anwar berusaha keras menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia - Foto Amir Haziq/PMO

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertemju beberapa perwakilan dari syarikat multinasional dunia sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.


Katanya, kesempatan terbaik itu digunakan beliau untuk meyakinkan syarikat syarikat gergasi yang berkumpul di Davos pada setiap tahun itu untuk menambah pelaburan di Malaysia.


"Saya berpeluang mengadakan pertemuan dengan pemimpin syarikat multinasional yang mempunyai pelbagai pelaburan di Malaysia.


"Ruang lingkup ini digunakan untuk menerokai lebih banyak sinergi pelaburan dan perdagangan demi kepentingan bersama," katanya di Facebook.


Menurut Anwar, sesi berkenaan juga merupakan isyarat dan usaha berterusan pihak kerajaan meyakinkan serta menarik kemasukan pelabur asing, baik baharu atau lama.


"Iklim pelaburan global menuntut kerajaan untuk lebih aktif memperluas radar hubungan dan kerjasama lebih erat bagi merebut peluang yang ada hatta membawa manfaat untuk dinikmati rakyat dan juga ekonomi negara," katanya lagi.


Antara wakil syarikat multinasional yang ditemui Anwar adalah dari AstraZeneca, Fortescue, DP World, Nestle, Medtronics, dan Google.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page