Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi untuk bertemu Putera Mahkota Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah semalam.
Dalam pertemuan itu, Anwar menyampaikan ucapan tahniah Malaysia kepada Kuwait yang akan menjadi Pengerusi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bermula Disember depan.
"Saya turut memanjangkan jemputan kepada beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China pada Mei 2025 di Kuala Lumpur.
"Malaysia sudah pastinya akan mengemudi ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah.
"Selain itu, kami juga komited untuk mempertingkatkan lagi hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara," katanya dalam muatnaik di Facebook.
PM berharap hubungan Malaysia dan Kuwait akan terus diperkukuh ke tingkat yang lebih tinggi selepas ini.
Comments