top of page

PM bertemu Presiden China Xi Jinping



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini bertemu pemimpin nombor satu Asia Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping di Great Hall of People di Beijing.


Menurut laporan Bernama, pertemuan itu dilanjutkan dengan mesyuarat delegasi Malaysia dan China yang berlangsung selama kira kira 45 minit.


Dalam ucapannya, Jinping yang mengalu-alukan kehadiran Anwar berkata beliau menghargai lawatan itu, apabila Perdana Menteri menerima undangan ke China walaupun ketika bulan Ramadan.


DS Anwar - Jinping dan delegasi Malaysia - China bermesyuarat selama 45 minit

Presiden China juga gembira memaklumkan ulang tahun ke-10 pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara tahun ini serta 50 tahun hubungan diplomatik pada 2024.


Beliau berharap di bawah kepimpinan Anwar, Malaysia dan China bakal bekerjasama lebih erat untuk membawa hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.


Esok PM dijadual akan diberikan sambutan rasmi di Great Hall of the People, Beijing oleh Perdana Menteri Li Qiang dan ikuti dengan mesyuarat dua hala.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page