top of page

PM bertemu pemimpin Jepun, Hong Kong, bincang sektor IT, tenaga hijau



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di sela sela jadual padat Sidang Kemuncak APEC 2024 mengambil kesempatan bertemu beberapa pemimpin dunia untuk mengeratkan hubungan dua hala.


Beliau bertemu Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dan mengucapkan tahniah atas lantikan semula PM Ishiba mengetuai negara matahari terbit itu.


"Dalam pertemuan inikami berdua dapat menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang antaranya perdagangan, peralihan tenaga, pertahanan dan keselamatan, maritim, pendidikan, budaya serta pembangunan unsur nadir bumi (REE).


"Kami juga membincangkan isu serantau berkaitan dengan Laut China Selatan dan situasi di Myanmar.


"Kami turut menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk Jepun menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025," katanya dalam kenyataan.


Anwar mengundang rakan sejawatannya untuk mengadakan lawatan ke Malaysia sesegera mungkin.


DS Anwar berkesempatan bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu

Selain itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu.


"Dalam pertemuan ini kami dapat menilai kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, pelancongan, semikonduktor, teknologi maklumat (IT), khidmat kewangan, dan hubungan sesama rakyat.


"Hong Kong menjemput Malaysia untuk mempelajari teknologi pengangkutan dan menyertai projek pembangunan hab Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), termasuk Taman Sains, yang diterajui oleh mereka," kata Anwar di Facebook.


Dalam catatan itu, beliau menyatakan kesedian kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dan membantu pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur, sekali gus mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara negara ini dan HKSAR.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page