top of page

PM bertemu pelabur berpotensi China, fokus bidang teknologi, inovasi

Updated: Nov 7



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur berpotensi dalam lawatan kerja hari keduanya di Shanghai, China hari ini.


Beliau berkata pertemuan itu dimulakan dengan Chengwei Capital, firma modal teroka terkemuka yang mempunyai pakar dan sumber dalam bidang semikonduktor dan NRL Capital, di mana pengasasnya memainkan peranan penting dalam kejayaan pembangunan kluster industri berteknologi tinggi di China.


"Pertemuan sekitar satu jam dengan kedua-dua syarikat ini tertumpu seputar kedudukan strategik Malaysia serta daya tariknya sebagai destinasi pelaburan, disokong tenaga kerja berbakat dan dasar-dasar kerajaan yang mesra pelabur.


"Saya tekankan fokus Malaysia yang ketika ini tertumpu pada usaha menjalin kerjasama dalam pelaburan teknologi dan inovasi ke Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua pelabur ini akan meneroka kerjasama dengan Khazanah dalam usaha melahirkan syarikat generasi baharu di Malaysia bagi memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan global, terutamanya dalam sektor teknologi tinggi.


"Usaha ini akan memacu matlamat Ekonomi Madani dengan memupuk inovasi serta menjadikan teknologi lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua," katanya.


Terdahulu semalam Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Premier Li Qiang

selepas menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh.


Anwar dalan rangka lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November atas jemputan Li untuk menghadiri CIIE ketujuh di Shanghai sebelum dijadual terbang ke Beijing.


Dalam tempoh 15 tahun berturut-turut sejak 2009, China merupakan rakan perdagangan global Malaysia yang terbesar.


Pada tahun 2023, jumlah perdagangan dengan Malaysia bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion) yang menyumbang kepada 17.1 peratus perdagangan global Malaysia.


Sehingga September 2024, Malaysia mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM355.15 bilion (AS$76.72 bilion). Pada separuh tahun pertama 2024, sejumlah 15 projek pembuatan telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 bilion (AS$252.5 juta).


*Foto Kredit: Amir Haziq/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page