top of page

PM beri sumbangan peribadi kepada 46 mangsa banjir di Perlis



Sebanyak 46 keluarga terjejas banjir di Perlis menerima sumbangan wang peribadi daripada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sumbangan diserahkan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Perlis Maznah Musa kepada 14 ketua isi rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Kangar manakala di PPS SK Dato Ahmad Musa (12 KIR), PPS SK Kubang Gajah (13 KIR) dan PPS SK Arau (tujuh KIR) dalam kawasan Parlimen Arau.

Selain sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, mereka turut menerima bantuan wang ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


"Kita bagi dua sumbangan iaitu wang peribadi daripada Perdana Menteri dan juga bantuan wang ehsan peruntukan bawah NADMA.


"Untuk bantuan NADMA ini kita akan serahkan kepada mereka terjejas banjir dan berpindah ke PPS sahaja," katanya dipetik.

Menurut Maznah, setiap KIR menerima RM1,000 bantuan wang ihsan NADMA yang diberikan kepada keluarga yang berpindah ke PPS.


Fenomena air pasang dan hujan lebat menyebabkan banjir dengan rumah dan kedai-kedai makan di persisiran pantai dinaiki air.


Setakat 8 malam tadi , jumlah mangsa banjir di Perlis terus meningkat kepada 152 orang daripada 48 keluarga di empat PPS.


Empat sungai utama di Perlis bagaimanapun telah menunjukkan trend penurunan apabila Sungai Pelarit, Sungai Arau, Sungai Gial dan Sungai Perlis kembali berada pada paras normal.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page