
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi sumbangan kepada keluarga pelajar sekolah rendah yang kemalangan di Putrajaya.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim.
"Semalam, saya telah meminta saudara Kamil Munim untuk menziarahi adik Khairul Hanafi dan keluarga beliau di Hospital Putrajaya.
"Adik Khairul Hanafi cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Presint 11(1), Putrajaya minggu lalu dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.
"Saudara Kamil telah menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada keluarga mangsa," katanya.
Sehubungan itu, PM mendoakan agar adik Khairul Hanafi segera diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan
Comments