top of page

PM beri sumbangan empat keluarga mangsa terkorban kemalangan bas

Updated: Jun 11



Nasib keluarga mangsa kemalangan bas yang terkorban melibatkan rombongan guru dari Melaka di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang awal pagi Ahad lalu mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) yang menghulurkan bantuan kepada mereka hari ini.


PM menyalurkan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada waris keluarga empat mangsa yang meninggal dunia itu yang disampaikan menerusi Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar atas, kiri).


Shamsul Iskandar berkata sumbangan itu adalah sebagai tanda keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan kepada keluarga yang berdepan dengan ujian yang sangat berat di samping melahirkan rasa simpati terhadap keluarga berkenaan.


"Datuk Seri Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat serta sukarelawan yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam usaha membantu mangsa kemalangan.


"Kerajaan juga komited untuk terus berusaha memastikan keselamatan rakyat dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan tragedi seperti ini daripada berulang di masa hadapan," katanya di pekan Ramuan China Besar, Melaka.


DS Shamsul turut bersedih dengan pemergian mangsa tragedi kemalangan bas ekspres

Terdahulu Shamsul Iskandar menziarahi keluarga arwah Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang juga Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan menyampaikan ucapan takziah daripada Perdana Menteri


Beliau turut menziarahi keluarga guru SK Jeram, Dahlia Ahmad, 52, di Kampung Sungai Tuang; keluarga Pembantu Operasi SK Jeram, Hamzah Ahmad, 60, di Kampung Londang dan keluarga Hadi Asyraf Mad Idris, 29, di Padang Temu.


Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 orang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.


Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru dari sekolah itu bersama anak murid mereka ke Terengganu untuk menghadiri satu program penanda aras.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page