Perdana Menteri (PM) melalui Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi semalam menghulurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham Md Rizal Atan yang meninggal dunia akibat ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail baru baru ini.
Menurut kenyataan Perdana Menteri, Allahyarham Md Rizal meninggalkan isteri dan empat orang anak berusia 9 hingga 14 tahun yang perlu dibantu.
"Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya Allah mengetahui gejolak dalam jiwanya.
"Saya turut sampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham yang diserahkan oleh saudara Farhan," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.
Beliau dalam pada itu mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudahkan serta diberi kekuatan menempuh dugaan.
Comments