top of page

PM bakal jumpa Presiden Putin, tingkat kerjasama ekonomi



Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan ke luar negara yang boleh dianggap berprofil tinggi dengan tumpuan terbaru beliau untuk bertemu Presiden Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia dalam tempoh beberapa minggu lagi.


Perdana Menteri (PM ) memberitahu pertemuan bersama Putin itu bagi membincangkan kerjasama ekonomi bersama negara kuasa besar berkenaan di samping mengekalkan hubungan baik di antara kedua-dua negara.


"Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok untuk menerima undangan Presiden Putin bagi membincangkan kerjasama ekonomi, meletakkan kita sebagai negara yang mempertahankan pendirian kita yang bebas, dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ibu Pejabat GXBank Bhd dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di Kuala Lumpur hari ini.


Pada 28 Julai lepas, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas PM Anwar di Putrajaya yang antara lain membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi kerjasama ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku pengerusi pakatan itu.


Anwar dan Lavrov turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia - Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.


Kementerian Luar dalam kenyataan minggu lalu berkata, Rusia memberi jaminan kepada PM bahawa ia akan memberikan sokongan kepada aspirasi Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan itu.


Jaminan itu disampaikan kepada Anwar semasa kunjungan hormat Lavrov di Seri Perdana pada Ahad.


Pada 18 Jun, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.


Selain Rusia, Anwar sebelum ini turut memperkukuhkan dasar luar Malaysia apabila bertegas dengan pendirian menjalinkan hubungan baik dengan China yang menjadi negara Asia Timur dan dilawati pada Mac lalu untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Li Qiang.


Rakan sejawatannya itu membalas kunjungan tersebut melalui lawatan ke Malaysia pada Jun lalu.


Anwar telah mengadakan 31 lawatan rasmi dan lawatan kerja ke 19 negara dari November 2022 hingga Mei 2024 antaranya Arab Saudi, Australia, Brunei, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Indonesia dan Jepun.


Selain itu, Jerman, Kazakhstan, Kemboja, Mesir, Laos, China, Singapura, Thailand, Turkiye, Uzbekistan, Vietnam dan Qatar.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page