top of page

PM arah segerakan bekalan beras putih tempatan di pasaran



Perdana Menteri (PM) mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyegerakan pemulihan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.


Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata, isu BPT juga diarahkan PM untuk dijelaskan secara berkala kepada rakyat.


"PM ambil maklum isu beras putih tempatan. Di mana beliau telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan bekalan beras putih tempatan di pasaran dan pemulihan bekalan sedang dilaksanakan secara berfasa.


"Beliau mengarahkan kementerian terlibat memaklumkan (proses) pemulihan ini secara terus kepada masyarakat," katanya.


Selain itu, Tunku Nasrul turut menjelaskan persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak berkenaan peranan Setiausaha Akhbar Kanan PM dan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang didakwa bertindih susulan wujudnya slot Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri itu.


Beliau berkata kedua dua taklimat adalah berbeza dan tidak berlaku pertindihan tugas.


"Tidak sama sekali. Di mana Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri memberi tumpuan perkembangan harian dan gerak kerja PM, penjelasan beliau mengenai isu semasa mendesak serta arahan kepada kementerian dan agensi untuk memastikan dasar kerajaan dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.


"Manakala peranan YB Fahmi selaku jurucakap bertanggungjawab memastikan segala penjelas isu yang membabitkan dasar kerajaan dan keputusan yang dibuat di dalam mesyuarat Jemaah Menteri dimaklumkan kepada rakyat.


"Taklimat harian merupakan pelengkap strategi komunikasi menyeluruh kerajaan," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page