top of page

PM arah pemberian fleet card dipercepatkan



Perdana Menteri (PM) dalam mesyuarat mingguan Kabinet petang tadi mengarahkan pemberian fleet card kepada pihak yang layak mendapat subsidi diesel bersasar dipercepatkan.


Hal itu dinyatakan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.


"PM meminta supaya isu isu berkait fleet card SKDS 2.0 diteliti. Supaya fleet card ini dipercepat edaran kepada pemohon.


"Peringatan diberikan kepada mereka yang memohon fleet card tetapi belum menerimanya untuk menyimpan resit dan ikuti proses mendapatkan semula subsidi bagi kenderaan mereka yang didaftarkan (mengikut prosidur) diumumkan Menteri Kewangan II," katanya.


Selain itu, kata Fahli, ditimbulkan juga isu mengenai agensi pelancongan yang telah menjual pakej pelancongan ke luar negara tetapi mereka tidak mendapat diesel bersubsidi untuk kenderaan seperti bas persiaran atau van dan bakal mengalami kerugian.


Fahmi berkata, pihak Kementerian Pelancongan atau MOTEC akan meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada agensi pelancongan terbabit.


"Ada permintaan kumpulan ini diteliti memandangkan mereka telah menjual pakej pelancongan di Malaysia kepada beberapa negara asing, pada ketika pengumuman ini telah diumum (diesel harga apungan) dan tidak dikira kos keseluruhan (peningkatan harga bahan api) bagi mereka.


"PM minta pihak MOTEC dan Kementerian Pengangkutan meneliti, pertama kumpulan ini dibantu, diteliti bentuk bantuan. Ini akan diumum kemudian pihak MOTEC," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page