top of page

PM arah pemantauan elak kenaikan harga barang di musim perayaan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim prihatin dengan pergerakan harga barang di musim perayaan dan tidak mahu pengguna terbeban disebabkan berlaku kenaikan menjelang Hari Raya Aidilfitri.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, PM telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan pelaksanaan skim harga maksimum dikuat kuasakan sebaik mungkin dan semua pihak mematuhinya.


"Ia penting bagi menjamin satu tempoh yang wajar dan mewujudkan suasana menang menang kepada pengguna dan komuniti perniagaan.


"Malah penentuan harga ini dibuat setelah mengambil kira pandangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi kerajaan dan pemain industri.


"PM sendiri akan turun melakukan tinjauan barangan terkawal, terkait skim harga maksimum musim perayaan ini supaya peraturan dilaksanakan termasuk meletak tanda harga bagi barang kawalan agar pengguna menikmati harga yang berpatutan di musim perayaan," katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri petang tadi.


Menurut Nasrul lagi, PM telah mengarahkan KPDN bekerjasama dengan KPKM untuk melakukan pemantauan secara lebih kerap.


Dalam hal berasingan, beliau berkata, PM juga mahu agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta bergandingan bahu membantu misi pasca banjir di kawasan yang terjejas banjir baru baru ini seperti di Sabah dan Johor.


"Seharusnya semua pihak, badan bukan kerajaan dan sektor swasta menggembleng segala kudrat mempermudah kesulitan dihadapi mangsa banjir," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page