top of page

PM arah Menteri segera pilih kampung angkat selami masalah rakyat



Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua anggota Kabinetnya memilih kampung angkat masing-masing bagi menyelesaikan masalah di setiap kawasan tersebut, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.


Beliau berkata, perkara itu ditegaskan oleh Anwar dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan diterima baik oleh semua Jemaah Menteri.


"Perdana Menteri minta supaya usaha ini dirancakkan. Ertinya mengambil kampung angkat adalah untuk seseorang Menteri berusaha meneliti dan mendapatkan laporan mengenai perkembangan di kampung berkenaan secara keseluruhan.


"Beliau (Anwar) berharap supaya Menteri dapat mengambil kampung angkat sama ada kampung sendiri atau tidak, tetapi dengan niat untuk menyelami isu-isu yang dihadapi penduduk setempat serta membantu menyelesaikan seberapa banyak isu yang dihadapi," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.


Pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, Anwar mahu Jemaah Menteri serta ketua-ketua jabatan mengemukakan nama kampung yang mereka akan wakili secepat mungkin bagi membantu usaha menaik taraf kehidupan penduduk di kampung berkenaan, terutama golongan miskin.


Perkara itu telah dicadangkan oleh Anwar pada 21 Mac lepas ketika berucap pada program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024.


Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata aspek tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam akan diperluaskan ke peringkat agensi dan syarikat yang ditubuhkan di bawah kementerian bagi menambah baik aspek pengurusan secara keseluruhan.


"Ini susulan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 semalam.


"Ini kerana didapati aspek tatakelola di peringkat kementerian adalah pada tahap yang baik dan memuaskan tetapi kita inginkan supaya beberapa perkara ini turut disusuli di peringkat agensi dan anak syarikat termasuk CLBG (syarikat berhad menurut jaminan)," katanya.


NACS 2024-2028 dilancarkan Anwar semalam memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah. Ia komponen penting agenda reformasi Malaysia yang menggariskan strategi-strategi teras secara menyeluruh dalam usaha pencegahan rasuah di negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page