top of page

PM Anwar tiba di Qatar untuk lawatan dua hari



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari.


Menurut Anwar, lawatan berkenaan bagi menunaikan jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan negara teluk berkenaan.


"Ketibaan saya disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.


"Sepanjang lawatan rasmi ini juga, saya akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar di samping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.


"Saya dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar," katanya dalam catatan di Facebook.


Anwar berharap lawatan tersebut akan membuahkan hasil yang positif untuk negara dan rakyat Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page