top of page

PM Anwar tiba di India lawatan rasmi dua hari



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di India untuk melakukan lawatan kerja selama dua hari.


Beliau dijadual akan bertemu rakan sejawatannya untuk membincang hubungan dua hala dan perdagangan Malaysia - India.


"Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di New Delhi, India bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari.


"Kunjungan ini akan membuka peluang kepada saya dan rakan sejawat membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu," katanya.


PM juga akan berusaha membawa masuk pelaburan dari India khususnya dalam sektor teknologi.


"Usaha berterusan juga akan terus dipergiat di India bagi menarik para pelabur berpotensi untuk melabur di Malaysia.

Doakan agar urusan kami dipermudahkan, Insya-Allah," katanya.


PM diraikan dengan tarian tradisional India sebaik tiba di lapangan terbang New Delhi

Sejurus tiba PM dijadual mengadakan perjumpaan dengan tiga syarikat tempatan, iaitu Tata Consultancy Services, Emami Agrotech Ltd dan HCLTech.


Acara sambutan rasmi ke atas Anwar akan diadakan di perkarangan kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan di New Delhi, disusuli upacara penghormatan di Tugu Peringatan Ghandi di Kompleks Memorial Raj Ghat.


Kemudian beliau dijadual menerima kujungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar India, S Jaisankar Prasad, disusuli perjumpaan dua hala tertutup dengan rakan sejawat, Narendra Modi.


Pertemuan Anwar dan Modi juga dijangka membincangkan visi mereka untuk rantau Indo-Pasifik, terutama ketika Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih pengerusi ASEAN pada 2025.


Turut bersama lawatan rasmi itu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Steven Sim; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Turut serta, Menteri Digital, Gobind Singh serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page