top of page

PM Anwar tiba di Brunei lawatan kerja dua hari



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brunei malam tadi untuk lawatan kerja selama dua hari ke negara jiran itu.


Menurut Anwar, beliau akan menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-25 (ALC-25) dalam lawatan kali ini.


"Tiba di Bandar Seri Begawan malam ini bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-25 yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman esok (pagi ini).


"ALC adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei, hatta lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama bilateral dalam mencapai matlamat bersama selain membincangkan isu-isu terkait," katanya dalam catatan di Facebook.


Wisma Putra dalam satu kenyataan kelmarin menyebut, lawatan PM kali ini diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan turut serta.


Rundingan ALC adalah mekanisme dua hala peringkat tertinggi yang mana Anwar bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala dan menyelesaikan beberapa isu tertunggak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page