top of page

PM Anwar tiba di Beijing, bertemu Presiden Xi Jinping



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu negara China, Beijing untuk lawatan dan kunjungan hormat kepada presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping.


"Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Beijing usai acara di Shanghai. Insya-Allah, esok saya akan meneruskan tugasan di China dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping," kata Anwar dalam catatan di Facebook.


Sebelum itu, petang semalam PM dan delegasi Malaysia di Shanghai mengadakan sidang meja bulat bersama pemimpin-pemimpin industri yang mewakili 24 syarikat utama di China.


Pertemuan selama lebih sejam itu memberi peluang kepada kapten industri China berdialog secara lansung mengenai potensi pelaburan di Malaysia.


"Kami membicarakan dan meneroka peluang-peluang pelaburan dan perdagangan di Malaysia dalam pelbagai sektor utama.


"Ini termasuk semikonduktor, aeroangkasa, kenderaan elektrik, komponen automotif, peranti dan peralatan perubatan serta pusat inovasi telekomunikasi.


"Banyak syarikat mahu memilih Malaysia sebagai rakan strategik di Asia Tenggara susulan perubahan global dalam rantaian bekalan, di samping dasar berkecuali Malaysia, tenaga kerja mahir serta dasar dan persekitaran mesra perniagaan yang menjamin kestabilan dan pertumbuhan untuk mereka


"Justeru, saya berikan jaminan kepada pemimpin-pemimpin industri bahawa Malaysia sentiasa bersedia memberi sokongan kepada pelabur dan rakan perdagangan menerusi sumber dan kestabilan yang diperlukan untuk perniagaan terus berkembang," katanya.


PM dan gelegasi mengadakan sidang meja bulat bersama pemain industri di Shanghai

Selepas itu PM dan gelegasi terus ke lapangan terbang untuk ke Beijing. PM dan delegasi melawat Beijing pada 6 dan 7 November.


Anwar akan menyampaikan syarahan terbuka bertajuk “Menghubungkan Masa Depan: Memperkuat Hubungan Malaysia-China dan Pemusatan ASEAN dalam Peralihan Order Global” di Universiti Peking dan melawat Huawei Executive Briefing Centre.


Lawatan tersebut juga akan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang kukuh sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini.


Dalam tempoh 15 tahun berturut-turut sejak 2009, China merupakan rakan perdagangan global Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2023, jumlah perdagangan dengan Malaysia bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion) yang menyumbang kepada 17.1 peratus perdagangan global Malaysia.


Sehingga September 2024, Malaysia mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM355.15 bilion (AS$76.72 bilion). Pada separuh tahun pertama 2024, sejumlah 15 projek pembuatan telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.2 bilion (AS$252.5 juta).


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page