top of page

PM Anwar terima kunjungan Presiden RI bincang isu tarif AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam menerima kunjungan Presiden Republik Indonesia (RI), Prabowo Subianto yang berkunjung ke Malaysia di tengah tengah meningkatnya kegelisahan berkenaan isu tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara negara ASEAN dari 10% hingga 49%.


Anwar mengalu alukan kunjungan itu menjelang mesyuarat khas Menteri Menteri Perdagangan ASEAN pada Khamis ini.


"Dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan, saya telah menerima kunjungan silaturahmi daripada sahabat lama yang juga Presiden Indonesia yakni Bapak Prabowo Subianto lewat petang tadi.


"Kami berbincang mengenai isu-isu serantau yang penting, termasuk dampak tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN, selain menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini," katanya dalam muat naik di Facebook.


Malaysia dan Indonesia terkesan dengan peningkatan tarif yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump baru baru ini. Malaysia dikenakan tarif 24% manakala Indonesia sebanyak 32%.


Negara ASEAN lain yang teruk terpukul tarif adalah Kemboja 49%, Laos 48%, Vietnam 46% dan Myanmar 44%. Sekali gus menyukarkan negara membangun berkenaan untuk memperbaiki ekonomi dan mengubah taraf hidup rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page