top of page

PM Anwar terima kunjungan masyarakat Orang Asli



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen bahawa Kerajaan MADANI akan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Orang Asli.


Perkara itu dinyatakan pada pertemuan sempena kunjungan hormat wakil masyarakat tersebut di Parlimen pada Isnin.


"Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan dalam jabatan kerajaan.


"Saya beri jaminan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat Orang Asli," katanya melalui hantaran tersebut.


Kunjungan itu disertai wakil Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad dan Jaringan Orang Asli Semalaysia dan diketuai Ahli Dewan Negara, Senator Manolan Mohamad.


Sementara itu, Bob Manolan melalui satu hantaran di laman media sosialnya menyifatkan pertemuan yang diadakan sebagai sangat bermakna.


"Perjumpaan yang sangat bermakna bersama YAB Perdana Menteri terkait hal ehwal Orang Asli berkenaan tanah, ekonomi, pembangunan infra dan pendidikan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page