top of page

PM Anwar terima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Shehandoah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima Ijazah Doktor Kehormat (honoris causa) dalam bidang undang-undang daripada Universiti Shenandoah, Amerika Syarikat.


Anugerah disampaikan Presiden Universiti Shenandoah Dr Tracy Fitzsimmons dalam satu majlis di Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak.


Penganugerahan kedoktoran itu kepada Anwar adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangannya dalam kepimpinan dan pembangunan masyarakat.


Anwar ketika menyampaikan ucapan penghargaan berkata beliau menerima ijazah kedoktoran itu secara terbuka, dan berkata penganugerahan tersebut bukan kerana jawatannya sebagai perdana menteri.

"Universiti Shenandoah telah ditubuhkan lama sebelum saya menjadi perdana menteri. Anugerah ini bukan kerana saya menyandang jawatan itu, tetapi atas usaha kita bersama dalam memperjuangkan kebebasan dan maruah manusia," katanya.


Sebagai rekod, Anwar sebelum ini turut telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh Universiti Filipina (UP) selain menerima ijazah kehormat doktor falsafah dari Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) Pakistan.


Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, intelektualisme Islam dan dasar-dasar beliau yang memperkukuh hubungan antara dunia Islam.


Selain itu beliau menjadi tokong pertama di luar Indonesia dianugerahkan Doktor Kehormatan (Dr.Hc) dalam bidang Pendidikan Politik oleh Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat pada 2018 sebagai mengiktiraf ketokohannya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page