top of page

PM Anwar temui Presiden Majlis Eropah, bincang pelbagai isu



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar atas) semalam menemui Presiden Majlis Eropah, António Costa di Europa Building membincangkan pelbagai isu mengenai hubungan luar, politik antarabangsa dan hubungan dagang.


Pertemuan tersebut membuka luas potensi hubungan yang boleh dijalin Malaysia dengan negara negara Eropah yang jarang dilakukan mana mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.


"Pertemuan itu membuka seluas-luasnya peranan yang boleh dimainkan secara bersama antara Malaysia dan Majlis Eropah dalam mencorak sinergi kepelbagaian budaya, kesatuan dan kebersamaan merentasi benua seluruh dunia.


"Khususnya membentuk persefahaman terkait soal keamanan dan hak asasi manusia membabitkan soal gencatan senjata di Gaza dan Ukraine," kata Anwar di Facebook.


Di bangunan yang sama, beliau turut bertemu Wakil Tinggi untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan / Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas.


Pertemuan DS Anwar dan Kaja Kallas membincangkan pelaburan, perdagangan Malaysia-EU

Anwar dan Kallas bertukar pandangan mengenai soal demokrasi, perihal kemasyarakatan, pelaburan, perdagangan dan kecerdasan buatan dalam pertemuan tersebut.


Sebelum itu, pada hari kedua lawatan Anwar di Brussels, Belgium beliau telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Belgium.


Isu yang dibincang terkait pendidikan, pelaburan, perdagangan, termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama Kesatuan Eropah (EU) selain isu antarabangsa antaranya krisis di Gaza, Myanmar dan konflik Rusia-Ukraine.


Anwar berharap Malaysia dan Belgium senada untuk terus memperkukuh hubungan dan membentuk sinergi kerjasama ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page