top of page

PM Anwar nyata komitmen Malaysia terus tegas bela Palestin



Perdana Menteri (PM) menyatakan komitmen Malaysia untuk terus tegas dalam menyuarakan pendirian mengenai Palestin sekalipun negara Barat dan Eropah memihak kepada Israel.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berakhir semalam, isu Palestin dan keganasan di Gaza banyak dibincangkan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah namun serangan oleh Israel terus berlaku.


"Pandangan Barat, AS dan negara Eropah tiada lain iaitu 7 Oktober (serangan Hamas ke atas Israel), Iran serang, Hizbullah serang, maknanya Israel tidak serang apa-apa.


"Jadi, sebab itu kita harus tegas dengan pendirian kita. Mustahil (mereka) tidak faham dan dengar, jutaan anak muda dan rakyat bangkit di kota besar, menyatakan keganasan sudah berlaku sejak 1948.

"Kita harus terus menggalas tugas ini, suarakan aspirasi hak rakyat Palestin secara adil. Kita tidak setuju dengan keganasan tetapi dengan syarat hak itu dipatuhi," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu kepada media Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di Vientiane, Laos.

Sementara itu Anwar menegaskan Malaysia berpendirian tidak harus ada sebarang pengecualian terhadap mana-mana negara yang melanggar undang-undang antarabangsa sebagaimana dinikmati Israel ketika ini.


"Kita mengutuk keras kekejaman ini dan penting untuk kita suarakan dengan tegas, berdepan dengan semua negara yang hadir, termasuk Setiausaha Negara AS, Antony Blinken," katanya merujuk keganasan dilakukan rejim Israel kepada Gaza dan Lubnan.


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page