top of page

PM Anwar lawat UAE, hadiri sidang Abu Dhabi Sustainability Week



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memulakan lawatan kerja terutama menghadiri beberapa mesyuarat dan forum peringkat antarabangsa di sana.


Menurut Perdana Menteri, antaranya menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.


"Maha Esa selepas saya dan delegasi selamat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memulakan lawatan kerja termasuk menyertai beberapa mesyuarat dan agenda yang telah diatur sehingga Selasa ini," katanya di Facebook.


Dalam rangka lawatan Anwar dijadual bertemu Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dan rakan sejawat, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.


Selepas itu beliau akan berlepas ke London, United Kingdom dalam usaha memperkukuhkan hubungan strategik kedua-dua negara termasuk pertemuan dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.


Lawatan akan diteruskan ke Brussels, Belgium untuk menghadiri beberapa agenda penting termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo selain sesi bersama Presiden Majlis Eropah Antonio Costa.


Seterusnya Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland dalam membahaskan pelbagai agenda antaranya ketidaktentuan perubahan iklim, kepesatan inovasi dalam kecerdasan pembuatan dan kepantasan teknologi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page