top of page

PM Anwar lancar terjemahan Kitab Fiqh Zakat



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu.


Pada ucapannya beliau berkata, terjemahan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) isu sebagai satu usaha penting memandangkan kitab itu mempunyai kupasan menyeluruh meliputi pelbagai aspek.

"Itu kupasan menyeluruh dari aspek fiqh perundangan, latar belakangnya, tumpuan kepada permasalahan kemiskinan dan pengurusan lebih cekap.


"Oleh itu dalam soal zakat, kupasan itu sangat menyeluruh," katanya dipetik pada majlis pelancaran yang diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.


Kitab Fiqh Zakat karya Agung Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi merupakan rujukan utama dalam aspek hukum dan pengoperasian zakat.


PPZ-MAIWP dalam kenyataan sempena pelancaran itu memaklumkan kitab berkenaan membincangkan secara komprehensif dan khusus mengenai isu-isu berkaitan zakat sama ada dari aspek teori mahupun persoalan kontemporari dan menjadi rujukan untuk penambahbaikan dan kemajuan bagi institusi zakat di Malaysia


Dalam perkembangan lain, Anwar berkata umat Islam perlu menimba ilmu dengan kebijaksanaan dan kefahaman tinggi supaya kupasan ilmu tidak disalah tafsir.


Beliau turut menggesa pengimarahan masjid serta aktiviti tradisi ilmu dipertingkatkan di semua peringkat.


"Ini cara Kerajaan MADANI untuk memaknai dan hayati agama Islam supaya ada kefahaman lebih," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page