top of page

PM Anwar ke Mesir, lawatan bincang konflik Timur Tengah



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini berlepas ke Kaherah, Mesir dalam rangka lawatan membincangkan hubungan dua hala dan konflik di Timur Tengah.


Menurut Anwar, beliau berangkat ke Mesir atas jemputan presiden negara itu sebelum ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam membincangkan serangan Israel ke atas umat Islam pada 11 Nov.


"Saya dan delegasi Malaysia petang ini berangkat ke Kaherah, Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.


"Saya kemudiannya akan ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam yang akan membincangkan situasi terkini di Palestin dan Lubnan, serta perkembangan serantau," katanya dalam catatan di Facebook.


Selepas sidang berkenaan PM akan berlepas ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.


"Doakan perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudah serta kesemua pertemuan yang akan berlangsung dapat membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page