top of page

PM Anwar hulur sumbangan kepada mangsa banjir di Alor Gajah



Oleh: Azuan Ab Rahman


Seramai 109 mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka menerima sumbangan peribadi dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu di Alor Gajah pada Selasa.

"Ini PPS pertama (yang saya lawati) sebelum ke PPS seterusnya. Di PPS ini, telah ditempatkan sebanyak 59 keluarga iaitu seramai 163 mangsa yang terjejas dalam bencana banjir di kawasan sekitar tidak termasuk PPS lain.


"Saya turut menyerahkan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 109 mangsa yang terkesan setakat 12 Ogos di PPS ini termasuk di PPS seterusnya," katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya.


Turut hadir meninjau keadaan mangsa banjir yang terkesan di kawasan adalah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.


Pada Sabtu, beberapa kawasan di Masjid Tanah dan Alor Gajah dilanda banjir susulan hujan lebat sejak pagi.


Menurut laporan media, seramai 360 orang membabitkan 109 keluarga dipindahkanke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan


Menjelang petang semalam, keadaan banjir hampir pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu dengan mangsa menurun kepada 50 orang daripada 15 keluarga setakat jam 4 petang.


Sementara itu,Shamsul Iskandar melalui hantarannya turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia yang membantu mangsa banjir.


"Saya juga berdoa mangsa-mangsa yang terbabit tabah dalam menghadapi ujian ini," katanya

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page