top of page

PM Anwar hargai komitmen penjawat awam bantu negara capai kejayaan



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kejayaan yang dikecapi oleh negara termasuk peningkatan kadar pertumbuhan dan pengukuhan ringgit sejak kebelakangan ini banyak dibantu oleh prestasi kakitangan awam.


Perdana Menteri bagaimanapun berkata, masih ada ruang untuk meningkatkan kecekapan dan memperbaiki kelemahan bagi memastikan negara dapat menuju ke arah lebih baik.


"Kejayaan ini tentunya kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas.


"Tetapi satu elemen sangat penting ialah kerana kita mempunyai budaya tradisi perkhidmatan awam yang banyak berusaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan (negara)


"Walaupun tidak banyak diuar-uarkan tetapi itu kenyataannya," kata beliau dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.


Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


Perdana Menteri berkata, dasar Madani tidak mungkin terangkum dan ekonomi sukar mencatatkan kejayaan tanpa kesungguhan yang ditunjukkan oleh penjawat awam.


Jelasnya komitmen mereka juga telah membolehkan pelaburan masuk mencurah selain projek dapat dilaksanakan.


"Selalunya kita lihat di media, yang ditegur itu adalah kelemahan, masalah lambat, ketirisan, betul saya tak nafikan tetapi apa kurang diberi tumpuan ialah bahawa majoriti (penjawat awam) memberi khidmat.


"Khidmat yang diberikan bukan hanya sebagai penjawat awam dalam erti kata mengikut waktu dan tugas tetapi mencurah seluruh bakti dan tenaga mereka untuk nusa dan bangsa," katanya.


Beliau tidak menafikan bahawa ketika mula mengambil alih pentadbiran, berlaku kejutan dalam sistem politik di Malaysia selain terdapat kesukaran disebabkan keadaan negara terumbang-ambing pada tahun sebelumnya.


"Kemudian saya datang dengan pandangan agak tegas, dengan cara kerja lebih keras, tentunya ia mengambil waktu, tetapi memang benar dalam penjawat awam ia mengambil masa untuk melihat komitmen dan peralihan itu," katanya.


Ketika ini ringgit terus mendapat sokongan yang baik dan mengekalkan momentum meningkat selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat apabila pelabur memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Jumaat.


Pada pukul 8 pagi ini, ringgit naik kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 pada Jumaat lepas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page