top of page

PM Anwar bincang isu tarif AS, kemanusiaan Myanmar dengan PM Vietnam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

PM DS Anwar dalam perbincangan melalui telefon bersama PM Vietnam di Putrajaya. Foto FB Anwar
PM DS Anwar dalam perbincangan melalui telefon bersama PM Vietnam di Putrajaya. Foto FB Anwar

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrtahim semalam mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh berhubung beberapa isu seputar ASEAN.


Menurut Anwar, isu utama yang dibincang dalam panggilan telefon itu adalah mengenai situasi di Myanmar yang memerlukan bantuan kemanusiaan berterusan selepas gempa bumi sebulan lalu dan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang membebankan negara negara ASEAN.


"Kami sepakat bahawa bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Myanmar perlu diteruskan tanpa sekatan.


"Dalam hubungan ini, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusian.


"Mengenai isu tarif perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat pula, saya memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar wakil menerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam usaha mencapai penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara," katanya dalam muat naik di Facebooknya.


Tegas Anwar, selaku Pengerusi ASEAN pula, Malaysia memohon pertimbangan Amerika Syarikat supaya Negara-Negara Anggota ASEAN diberi ruang menggunakan mekanisme hubungan dua hala dalam mencapai penyelesaian yang baik bagi pengenaan tarif timbal balas tersebut.


"Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa berlandaskan prinsip saling menghormati, kerjasama, dan kesejahteraan bersama," katanya lagi.


PM berharap usaha berkenaan akan membuahkan hasil yang membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat di seluruh rantau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page