top of page

PM Anwar berpeluang lihat naskah Al-Quran era Khalifah Saidina Uthman



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Kompleks Hazrati Imam yang juga pusat keagamaan Islam di bandar Tashkent sempena lawatan rasminya ke Uzbekistan.


Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata, ketibaan beliau dan deligasi Malaysia disambut Timbalan Mufti 1 Uzbekistan, Sahibus Samahah Hamid Bahrom yang kemudian membawa mereka ke sebuah perpustakaan seliaan Lembaga Muslim Uzbekistan di dalam kompleks berkenaan.


"Alhamdulillah, berpeluang melihat sendiri naskhah Al-Quran yang dihasilkan atas perintah Khalifah Saidina Uthman bin Affan antara tahun 644 hingga 646. Imam Hamid memaklumkan ini adalah satu-satunya daripada enam Al-Quran yang masih kekal.


"Imam Hamid turut maklumkan bahawa inilah juga Al-Quran yang dibaca Saidina Uthman tatkala beliau dibunuh. Bahkan masih ada kesan titisan darah Saidina Uthman di halaman surah Al-Baqarah di dalam Al-Quran ini," kata Anwar melalui perkongsian itu.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, Kerajaan Uzbekistan ketika ini sedang membangunkan Pusat Ketamadunan Islam.


Ujar beliau, apabila siap, al-Quran itu dan kandungan lain dalam perpustakaan akan dipindahkan ke sana.


"Saya kagum dengan kesungguhan Kerajaan Uzbekistan dan penduduknya memelihara artifak-artifak sejarah yang begitu penting bagi dunia Islam," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page