top of page

PM Anwar bawa suara rakyat Malaysia bela Palestin di Arab Saudi



Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi dari Mesir bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam untuk membincangkan isu kezaliman Israel ke atas Palestin dan Lubnan.


Perdana Menteri berkata pentas tersebut akan digunakan bagi membawa suara rakyat Malaysia berkaitan serangan kejam rejim Zionis tersebut.


"Dengan izin-Nya, saya dan delegasi kini di Riyadh, Arab Saudi bagi membawa mandat rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam.


"Insya-Allah, pentas itu akan digunakan seluas-luasnya bagi memperjuangkan suara warga Palestin dan Lubnan yang menjadi mangsa kekejaman genosid berterusan rejim Zionis Israel," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Perdana Menteri berharap semoga obor perjuangan terus menyala tanda solidariti dan kebersamaan untuk semua umat Islam seluruh dunia.


Kata beliau sidang kemuncak itu akan memberi fokus kepada serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan.


"Usai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam, saya akan kembali semula ke Kaherah bagi menyambung beberapa rencana yang telah disusun awal bersama delegasi Malaysia dan Mesir.


"Doakan usaha Malaysia dipermudahkan demi saudara kita yang sedang ditindas, Insya-Allah," ujarnya.


Terdahulu dalam hantaran X, Kementerian Luar berkata Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, dari Kaherah, Mesir.


Ketibaan beliau di lapangan terbang disambut oleh Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh Putera Muhammed Abdulrahman Abdulaziz dan Datuk Bandar Wilayah Riyadh Putera Dr Faisal Abdulaziz Ayyaf.


Anwar turut menerima sambutan kawalan kehormatan.


Di Arab Saudi, Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan beliau dari Lubnan Najib Mikati dan Putera Mahkota Kuwait Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah di Riyadh.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata pertemuan itu berlangsung sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di ibu negara Arab Saudi, dengan agenda pertemuan menyentuh isu kekejaman rejim Zionis dan ketegangan di rantau Asia Barat.


PMO berkata dalam pertemuan empat mata dengan Najib itu, Perdana Menteri akan menyatakan sokongan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan Israel.


"Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel sehingga mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) cedera di selatan negara berkenaan," menurut kenyataan itu hari ini.


Perdana Menteri juga bakal membincangkan cadangan mengusir Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Dalam pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait pula, PMO berkata Anwar berbincang mengenai kerjasama Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) memandangkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bakal menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak berkenaan tahun hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page