top of page

PM Anwar bantu sebahagian kos rawatan bayi hidap mutasi genetik



Situasi seorang bayi yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Susulan itu beliau telah menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga Sophie Abdul Raof yang kini berusia 10 bulan sekaligus menampung sebahagian kos rawatannya.


Dimaklumkan, sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada ibu bapa bayi berkenaan pada Sabtu.


"Saya berkesempatan menziarahi Sophie yang sedang berjuang melawan komplikasi mutasi genetik SCN8A. Sophie kini memerlukan rawatan berterusan bagi membantunya meneruskan kehidupan.


"Dalam kunjungan ini, saya mendengar sendiri luahan kegelisahan serta ketabahan Raof dan Atiqah (ibu bapa Sophie), yang tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan terbaik untuk merawat anak kecil mereka.


"Saya menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membantu menampung sebahagian daripada kos rawatan Sophie," kata Ahmad Farhan dalam hantaran menerusi Facebook.


Mutasi genetik SCN8A, satu penyakit jarang jumpa yang memberi kesan kepada sistem saraf bayi itu menyebabkan gangguan serius pada otak dan saraf, mengakibatkan sawan berterusan, kesukaran bergerak, serta pelbagai masalah kesihatan lain.


Menurut Ahmad Farhan, akibat itu kos bagi menampung rawatannya adalah terlalu tinggi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page