top of page

PM Anwar bantu ringan beban bapa besarkan 16 anak



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa yang membesarkan 16 anak.


Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam siri Ziarah Madani di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.


"Dengan amanah yang diturunkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya telah menyerahkan sumbangan wang tunai bersama bakul makanan untuk mengurangkan beban keluarga ini.


"Perdana Menteri juga cukup prihatin dengan keperluan untuk membaik pulih rumah keluarga Encik Salim, dan telah pun mengarahkan usaha membaik pulih rumah keluarga ini untuk dilaksanakan," menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.


Dalam pada itu beliau berkongsikan rasa hiba dengan ketabahan Salim bersama isteri membesarkan 16 anak yang lapan daripadanya tinggal bersama di rumah kecil itu, dengan empat daripada mereka masih bersekolah


Justeru beliau bertekad untuk memperkasa Ikhtiar Ziarah Madani agar lebih ramai keluarga yang ditimpa nasib sama disantuni dan seterusnya dibantu.


"Kehidupan Encik Salim mungkin mencabar, tetapi beliau tidak pernah berhenti mengerah kudrat yang ada untuk terus menyara keluarga ... saya mendoakan Encik Salim dan keluarga terus cekal menjalani hari-hari yang mendatang," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page