top of page

PM Anwar bakal lancar projek infrastruktur sokong industri padi



Kerajaan MADANI bakal melancarkan Projek Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian di Kedah pada Khamis depan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata projek dengan peruntukan kira-kira RM1 bilion itu akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Projek ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan sektor padi negara terus berkembang dengan sokongan infrastruktur yang lebih moden dan lestari.


"Melalui usaha ini, kerajaan bukan sahaja membantu petani mengurangkan kos pengairan tetapi juga memperkukuh daya tahan sektor padi terhadap perubahan cuaca dan cabaran masa depan," katanya dipetik pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu.


Mohamad sementara itu menegaskan, projek tersebut bukan sekadar pelaburan dalam infrastruktur tetapi pelaburan untuk kedaulatan makanan negara.


Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan kajian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung industri padi dan beras sudah diselesaikan.


Hasil kajian jelasnya akan dibentang kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) pada 17 Disember lalu melalui mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page