top of page

PM Anwar arah selesai segera isu capaian internet di IPTA



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isu capaian internet di beberapa kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) segera diselesaikan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri mahu perkara itu diuruskan segera kerana kebanyakan IPTA akan memulakan semester baharu tidak lama lagi.


"Perdana Menteri mengarahkan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) segera melaksana perkara itu.


"Arahan itu disampaikan pada mesyuarat Jemaah Menteri," katanya dipetik.


Sementara itu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengambil maklum arahan itu dan akan memberi tumpuan untuk menguruskannya dengan segera.


"Ada beberapa perkara membabitkan pengurusan di kampus-kampus di bawah UA yang mana ada sesetengahnya, mereka mempunyai vendor yang menyediakan internet mereka sendiri.


"Insya-Allah saya dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menguruskan segera isu itu," tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page