top of page

PM Anwar arah Petra kemuka cadangan manfaatkan air hujan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11
  • 1 min read


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) diminta mengemukakan cadangan untuk memanfaatkan air hujan bagi menampung bekalan air ketika kemarau.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, arahan itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuannya bersama pengurusan tertinggi Petra pada Isnin.


"Kita diminta mengemukakan cadangan dalam tempoh dua minggu, apa yang boleh kita lakukan sebab negara kita banyak hujan, tapi pada masa sama berlaku kemarau.


"Perdana Menteri minta kita bentangkan bagaimana kita nak simpan air supaya boleh digunakan untuk waktu kemarau dan untuk masa depan," katanya dipetik.


Mengulas lanjut Fadillah memaklumkan, kajian berkaitan perkara itu sebenarnya sudah berjalan dan pihaknya kini sedang mengumpul maklumat untuk tindakan seterusnya.


"Kita akan kaji dan lihat apakah yang boleh kita laksanakan dari segi projeknya, dari segi tindakan yang perlu kita lakukan dan apa pun tindakan yang perlu dilakukan, kita memerlukan kerjasama di peringkat negeri," tambahnya.


Sementara itu menurut Fadillah, pada pertemuan berkenaan, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai isu tenaga dan mahu PETRA menangani isu dihadapi rakyat dan sektor perniagaan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


"Perdana Menteri mahu apa sahaja tarif yang kita tetapkan, tidak akan (menyusahkan rakyat), mengambil kira kedudukan rakyat kebanyakan dan juga PMKS," katanya.


Sebelum itu, seorang pengguna media sosial mendakwa sebuah masjid di Kampung Ayer Kuning tidak dibenarkan azan menggunakan pembesar suara luar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page