![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_3ee52a444dfc40e4af7b97017e507da1~mv2.jpg/v1/fill/w_704,h_450,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_3ee52a444dfc40e4af7b97017e507da1~mv2.jpg)
Oleh: Akmal Manaf
Kerajaan Madani komited untuk menjadikan industri padi dan beras sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu semua pihak.
Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin matlamat itu dapat direalisasikan demi kesejahteraan generasi kini dan masa hadapan.
''Mari sama-sama kita menyokong usaha untuk memastikan agenda keterjaminan makanan rakyat kekal menjadi keutamaan pada setiap masa dan ketika.
''Sebelum saya mengakhiri penerangan ini, sukacita saya memaklumkan kepada dewan yang mulia ini, pada 27 Februari 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Kedah.
''Beliau ke sana untuk melancarkan projek penanaman padi lima musim dua tahun yang menelan belanja RM1 bilion pada tahun ini,'' katanya lagi.
コメント