top of page

PM adakan mesyuarat khas menuju Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 semalam yang dihadiri anggota Jemaah Kabinet dan semua agensi berkaitan bagi memperincikan peranan negara dalam mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.


"Ini adalah mesyuarat pertama selepas Malaysia menerima Kepengerusian ASEAN di Lao PDR, Jumaat lalu, bertujuan memperhalusi tahap persediaan negara menjelang permulaan tugas Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN secara rasmi pada 1 Januari 2025.


"Dalam mesyuarat ini, saya tegaskan keperluan untuk semua pihak membuat persediaan yang rapi bagi memastikan persidangan ini dapat berlangsung dengan sempurna," kata Anwar dalam catatan di Facebook rasminya.


Katanya, penyelarasan peranan dan tanggungjawab setiap kementerian, agensi serta entiti kerajaan perlu berada di tahap terbaik dan memberikan kerjasama menyeluruh.


Jelasnya, tumpuan khusus untuk memperkemas dan mempertingkatkan persiapan logistik bagi menjaga imej Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.


"Bagi memastikan persiapan Kepengerusian Malaysia berada di tahap tertinggi, mesyuarat memutuskan bahawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Kanan di bawah mekanisme Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan.


"Persiapan rapi ini amat penting bagi memastikan Malaysia dapat mengetengahkan kepimpinan ASEAN yang berpandangan ke hadapan dalam menangani cabaran di rantau ini dan di peringkat global," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page