top of page

PLANMalaysia, bangunkan secara bersepadu Parlimen Sekijang



Oleh: Abdullah Zaid


Parlimen Sekijang akan dibangunkan secara bersepadu dengan kerjasama perancangan PLANMalaysia.


Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa projek telah pun bermula seperti projek penyegaran semula Jeti Nelayan Kampung Tekam untuk meningkatkan potensi dan keselamatan jeti tersebut sebagai tumpuan pelancongan.


Menerusi satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata, projek tersebut akan menaiktaraf kemudahan insfrastruktur kepada warga di parlimen berkenaan.


"Selaku Ahli Parlimen Sekijang, menjadi tanggungjawab dan amanah buat saya untuk memastikan kemajuan dan pembangunan kawasan ini berjalan dengan lancar.


"Hasrat utama saya adalah untuk menaiktaraf keperluan warga Sekijang dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduknya.


"Pelan pembangunan ini telah dirangka sebagai satu dokumen rujukan bagi membantu pihak Kerajaan, agensi atau swasta melaksanakan pembangunan di Parlimen Sekijang dengan lebih teratur," katanya.


Jelas Dr Zaliha, laporan daripada PLANMalaysia juga merupakan mekanisme yang amat membantu memudah cara serta mempercepat lagi perancangan pembangunan di Parlimen Sekijang.


"Menjadi harapan saya dengan adanya dokumen ini, segala cadangan projek dan pembangunan dapat disiapkan sebaik mungkin agar dapat memberi manfaat kepada golongan sasar, khususnya masyarakat sekitar dari aspek sosial, ekonomi dan politik," katanya lagi.


Untuk rekod, pelan pembangunan di bawah PLANMalaysia telah dirangka sebagai satu dokumen rujukan bagi membantu pihak Kerajaan, agensi atau swasta melaksanakan pembangunan di Parlimen Sekijang dengan lebih teratur.


Dalam projek menaiktaraf Jeti Kampung Tekam beberapa kemudahan dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan kepada pengunjung, menambah baik struktur jeti, mengindahkan lanskap dan menambah mercu tanda sebagai daya penarik yang akan menjadi tumpuan pelancongan ke kawasan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page