![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_393c6a4f57d64accb0249120c7af615d~mv2.jpg/v1/fill/w_620,h_474,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_393c6a4f57d64accb0249120c7af615d~mv2.jpg)
Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) baru baru ini melakukan ziarah ke atas dua pejuang reformis Melaka.
Menurut Setiausaha Agung PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman (gambar, kanan sekali), kunjungannya ke Taman Bukit Rambai tersebut bagi bertanya khabar dua reformis, Yusof Baba dan Mohd Yusof Mansor.
"Saya menziarah dua orang otai reformis sambil menyampaikan sedikit sumbangan di Taman Bukit Rambai Melaka.
"Banyak sejarah nostalgia 26 tahun yang dilalui, dan jelas keceriaan mereka menyokong Kerajaan Madani di bawah PMX sekarang.
"Santuni orang 'lama' begini menaikkan semangat reformis, dan terlihat keceriaan mereka menjalani kehidupan bersama seisi keluarga, termasuk cucu-cucu yang bergerak aktif serta teguh menyokong parti dan kerajaan," katanya.
Dalam kunjungan itu Shaiful menyampaikan bakul makanan dan sedikit sumbangan tanda ingatan dari PKORM dan keluarga besar otai reformis.
Comments