top of page

PKORM raikan Otai Reformis Perak, semangat juang dikenang


Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor berucap sambil diperhatikan Dr Aziz Bari (kiri)

Oleh: ShaifulAnuar Sulaiman


Bertempat di D'Nur Cabin Auralife kawasan riadah Lata Air Itam Batu Kurau, Perak, Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia atau PKORM Negeri Perak telah berjaya mengumpulkan lebih 40 reformis dari sekitar Taiping, Tambun, Kuala Kangsar dan Ipoh untuk bersama beramah mesra dan beriadah dalam acara kenduri santai.


Program santai itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari serta Ahli Jawatankuasa PKORM Pusat dan negeri Perak.


Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dalam ucapannya melahirkan kegembiraan bertemu reformis yang rata-rata melepasi usia emas dan mengenang kembali perjuangan pada era 1998 lalu.


Mustapa mengingatkan perjuangan mengangkat sosok Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 bukanlah satu perjuangan yang mudah, malah mengambil masa lebih dua dekad dengan para pejuang memainkan peranan masing-masing hingga mencapai kemenangan.

PRORM menyampaikan sumbangan

"Kebanyakan reformis kita diakui memerlukan bantuan kesihatan dan sumbangan untuk kebajikan di hari tua. PKORM berjanji untuk terus memperjuangkan nasib reformis dengan bantuan PKORM cawangan negeri.


"PKORM Pusat sudah menjelajah ke beberapa negeri berjumpa seramai mungkin reformis dan memenuhi keperluan kebajikan mereka.


"Setakat ini PKORM Pusat sudah mengumpulkan lebih 5,000 reformis dan kempen untuk meramaikan reformis muda sedang giat berjalan," katanya.


Manakala Dr Aziz Bari berkata, reformis merupakan kumpulan yang menyalakan obor perjuangan pada ketika era reformasi.


Justeru, katanya, reformis digalakkan terus beristiqamah dan berukhuwah untuk membangun generasi pejuang masa hadapan.


Seramai 20 reformis diraikan dalam majlis itu dan menerima sumbangan beg makanan bersama wang daripada PKORM Pusat.


Turut hadir adalah Setiausaha Agung PKORM, ShaifulAnuar Sulaiman, Pengerusi PKORM Negeri Perak, Richie Koay, Setiausaha PKORM Negeri, Raden Zakaria dan tuan rumah, Ustaz Zulkepley Othman yang juga merupakan Mudir Madrashah dan Pondok Pengajian Ukhrowi yang mengusahakan chalet di kawasan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page