top of page

PKORM, PPPKM, NGO peniaga agih bantuan pasca banjir di Kelantan


Persatuan peniaga, NGO serah bantuan (beg kuning) kepada mangsa banjir di Tumpat, Kelantan

Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu (PPPKM) Selangor dan Persatuan Peniaga Uptown Shah Alam semalam telah mengagihkan bantuan pasca banjir kepada 20 mangsa di Taman Sri Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan.


Menurut Setiausaha PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman (gambar, tiga dari kanan), anggota ketiga tiga persatuan tiba di Kelantan sejak pagi Sabtu dengan beberapa buah kenderaan pacuan empat roda membawa sumbangan barang keperluan harian untuk diagihkan ke beberapa kawasan yang pernah terjejas banjir besar pada Disember 2024 lalu.


Beliau yang juga Ketua Penerangan PPPKM Selangor melahirkan rasa sukacita dengan misi bantuan tersebut.


"Kita berbangga kerana dapat bersama membantu sahabat dan reformis lain terutama di Tumpat ini walaupun banjir telah berlalu.


"Walaupun sumbangan kecil, baju, kain pelikat dan barangan asas makanan tetapi semangat dan tujuan yang penting," katanya.


Sebelum itu, menurut beliau, kumpulan NGO berkenaan telah mengagihkan sumbangan kepada lebih 70 mangsa banjir di kawasan Ketereh dan Pasir Mas.


Turut sama dalam misi itu ialah Yang DiPertua PPPKM Negeri Selangor, Puan Hanim Mohd Said.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page