top of page

PKORM gembira dapat bantu BN menang PRK Nenggiri



Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan merampas semula kerusi DUN Nenggiri daripada PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru baru ini.


Menurut pengerusinya, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar, dua dari kanan), kemenangan tersebut merupakan usaha keras kempen kesemua parti dan NGO yang terlibat menyokong Kerajaan Perpaduan, termasuklah Otai Reformis.


Katanya, PKORM cawangan negeri Kelantan, diketuai Hazizi Mamat telah pun menggerakkan anggota Otai Reformis untuk berkempen sejak 3 Ogos, selepas penamaan calon lagi.

PKORM edar bubur asyura di Kg Bertam Baru

"PKORM cawangan Kelantan terlibat dalam beberapa program termasuk memasak dan mengedarkan bubur asyura di Kampung Bertam Baru


"Walaupun cuma 200 bungkus bubur diedarkan tetapi ianya terus kepada penduduk kampung tersebut dan pasukan PKORM sempat menyampaikan informasi bercetak untuk meraih sokongan kepada calon BN," katanya.


Tambah Mustapa, usaha membantu kempen pilihanraya Kerajaan Perpaduan telah digerakkan Otai Reformis secara berterusan sejak PRK Kuala Kubu Bharu dan Sungai Bakap.


"InshaAllah PKORM akan terus berkempen di PRK yang lain, paling dekat di DUN Mahkota nanti," katanya lagi.


Pada PRK 17 Ogos lalu calon BN, Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awei berjaya meraih sebanyak 9,113 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti sebanyak 3,372 undi.


Daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), calon Kerajaan Perpaduan tampil menguasai 17 daripadanya, sekaligus meletakkan PN dalam prestasi terburuk dalam pilihan raya kecil (PRK) diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Berdasarkan keputusan rasmi, peratusan undi PN merosot daripada 53.3% tahun lalu kepada 38.7%, manakala peratusan undi BN meningkat kepada 61.3% berbanding 46.7% pada pilihan raya negeri 2023.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page