top of page

Pindaan undang undang hak kewarganegaraan anak yakin disokong padu - Saifuddin



Oleh: Akmal Manaf


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail optimis pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang lahir di luar negara, akan mendapat sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat.


Katanya, beliau percaya Ahli-ahli Parlimen akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan jauh mengatasi sentimen dan kepentingan sendiri.


"Ada lagi beberapa pindaan lain yang menyusul, tetapi tumpuan utama kita adalah kepada pindaan ini.


"Pindaan itu membolehkan anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu seorang warganegara Malaysia, manakala bapa adalah warganegara asing (mendapat kewarganegaraan)," katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook beliau, hari ini.


Dalam video itu, Saifuddin menjelaskan, anak-anak yang lahir di luar negara daripada ibunya warga Malaysia dan bapanya warga asing, akan mendapat status warganegara secara kuat kuasa undang-undang.


''Apabila ia berlaku, kesan yang paling cepat adalah terhadap anak-anak Malaysia yang lahir di luar negara itu.


''Mereka akan mendapat status warganegara secara kuat kuasa undang-undang, itu ditunggu-tunggu oleh semua pihak,'' jelas beliau lagi.


Mengenai bila ianya akan berkuatkuasa, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menjelaskan, perkara itu akan berkuatkuasa apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan.


Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 akan berlangsung pada 14 Oktober ini sehingga 12 Disember depan.


Disember tahun lalu, dilaporkan Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.


Draf tersebut dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang biar pun hanya ibu yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page