top of page

Pindaan RUU Akta Komunikasi lulus, lebih perlindungan kanak kanak, keluarga



Rang Undang-undang (RUU) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 diluluskan oleh Dewan Negara semalam.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kelulusan pindaan itu merupakan suatu rahmat besar kepada rakyat Malaysia dalam memberi perlindungan yang bersesuaian kepada anak anak dan keluarga mereka.


"Alhamdulillah, Rang Undang-undang (RUU) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 diluluskan oleh Dewan Negara hari ini.


"Kerajaan MADANI akan terus memastikan ekosistem rangkaian internet lebih selamat untuk semua pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga," katanya.


RUU Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 9 Disember lalu.


Menerusi pindaan itu, Seksyen 211 meminda menggantikan perkataan 'kandungan jelik' dengan perkataan 'kandungan yang sumbang dan lain-lain', manakala dalam Seksyen 211 (b)(1) memotong perkataan 'atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan' serta menggantikan perkataan 'jelik' dengan perkataan 'jelik melampau'.


Seksyen 211(c) pula antaranya menggantikan perkataan 'seseorang' dengan perkataan 'pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan' selain menggantikan perkataan 'lima puluh ribu' dengan perkataan 'satu juta'.


RUU itu antara lain turut menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.


Fasal 91(c) pula memasukkan subseksyen baharu ke dalam Seksyen 233 yang memperuntukkan hukuman berbeza dan lebih tinggi jika kesalahan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.


Subseksyen baharu itu turut memperuntukkan pesalah boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan yang berterusan selepas sabitan.


Dengan kelulusan RUU di dua dewan dalam sistem parlimen Malaysia, maka pindaan berkenaan akan menunggu tarikh untuk dikuat kuasakan.


*Kredit foto: Facebook Fahmi Fadzil

0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page